//super awesome !
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to super awesome. konnichiwa!:D


Tick Tock !


We chat


Credits!

basecode: Tirex ledinosour
Edit by: comets
Re-Edited By: Nini Carlina
Others:   


Throw back PLKN (Kumpulan 2 Siri 10/2013)

 


 Aku termenung seorang diri di kala ini sambil layan muzik. 
Tiba-tiba teringat waktu PLKN dulu. Aku rindu ngan pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 10/2013, kem Bumimas, Sibujaya, Sarawak juga jurulatih PLKN dan seluruh warga Bumimas. 
Petang-petang macam ni, aku dan kawan-kawan yang satu geng dok berbual kosong dalam dom. 
Rindu pulak nak dengar suara Botet (Nabillah) nyanyi, rindu nak dengar Mimi main gitarnya, rindu nak gaduh manja ngan si Zaza, rindu pulak nak dengar ceramah Tyra, rindu nak dengar si Alia berceloteh, rindu ngan Ma, Divya, Shahira, Dilla, Nia, Ziha, Fifa, Tan, Wong Mee Ping, Erica, Shirley dan kawan2x, eyka, Razif (Macha) yang suka buat kelakar, Azri, Along, Angah, dan yang lain -terlalu banyak, sorry tak senaraikan nama korang, Nini rindukan kamu semua kawan-kawan... 





 Masih terpahat di ingatan ku, 
Pada tahun 2012 (masa tu aku form 5), aku dan beberapa student di dalam kelas ku, dikehendaki mengisi satu borang, aku sungguh tidak menyangka bahawa aku terpilih untuk mengikuti PLKN.. Aku dah terbayang apa itu PLKN?? keadaan berada di sana?? Aktiviti lasak je ke? Kawad? berjemur di bawah terik matahari?? Pakaian celoreng???.. Lamunan aku terhenti apabila ada sorang student dalam kelas ku menjerit, ''Kesian korang! hahahaha, mesti kulit korang gelap kat sana nanti" -Aku hanya terdiam, dalam hati ku berkata ''hina sangat ke kami yang terpilih PLKN ni =,=??'' aku tak faham laa,.. aku tidak mempedulikan mereka..biar laa apa yang diaorang nak cakap, bukan buat benda tak baik pun, kita pergi menimba ilmu..
PLKN 1 kali seumur hidup.. malah aku rasa bertuah kerana terpilih mengikuti program ini, juga dapat kawan baru...



-siapa masih simpan kad iM4U?
*depan
*belakang




Tahun 2013: 
Maria kawan ku, juga terpilih mengikuti PLKN. Dia kumpulan 1 siri 10, kem
Bumimas, Sibujaya Sarawak. Dari situlah, aku mendapatkan info aktiviti tentang PLKN.. Aku merasa lega setelah tahu info tentang aktiviti yang akan diadakan.. 
Sekurang-kurangnya, kurang sikit beban di hati ini..ehh?

3 bulan berlalu..
 1 minggu sebelum pergi PLKN, aku buat check melalui handset dan lappy, aku terpilih mengikuti PLKN, kem latihan iaitu kem Bumimas, Sibujaya, Kumpulan 2 siri 10/13.. sama dengan Tyra..
Mulai hari itu, aku dah prepare segala barang termasuk packing..




1 April 2013 (Monday)
6:00 am
Pagi itu aku liat sikit nak bangun, mak aku yang kejutkan.. 
Masa tu aku masih dalam keadaan flu,. sakit-sakit badan, rasa malas nak pergi, suara pun dah berubah =.= 
Aku pun paksa diriku untuk lekas bangun, dan mandi..
Aku dah janji ngan Tyra, nak pergi bersama ke tempat pendaftaran tu di Mukah... 
<Skip> Setibanya di tempat pendaftaran, Mukah..  semuanya sudah selesai, kami menaiki bas PLKN.. 2 buah bas menaiki kem Bumimas, manakala 2 bas
akan menuju ke kem Junaco Park.. 

 Dari Mukah to Selangau to Sibu memakan masa kira-kira 3 jam perjalanan.   
Kami dimainkan lagu semasa perjalanan.. Dalam keadaan flu, sejuk, jiwa kosong, ku hanya terdiam, tak ada selera makan, duduk termenung, melihat pemandangan hutan di luar tingkap, nak tidur pun ada je gangguan (bas terhuyung-hayang) boring tahap dewa kot, tak ada apa yang best, ku bawa handphone Nokia biasa yang ada touch light tu...



1: 15 pm
Setelah duduk berjam-jam dalam bas, kami tiba di destinasi yang dituju... 
ku mula bermonolog sendiri ''selama ini ku hanya tengok tv iklan PLKN, akhirnya aku sendiri yang akan merasai sendiri PLKN berdiri di sini.''

Setelah mengambil barang2x, aku dan rakan yang lain meletakkan kat dewan makan, dan diarahkan untuk mengambil makanan., masa itu aku tiada selera untuk menjamah makanan, flu la katakan.. 
Selepas settle cuci pinggan mangkuk, segala beg bagasi kami diperiksa..
Kami mengisi borang pendaftaran, aku dimasukkan ke kompeni Charlie, dom betik, nombor locker P1B-16, nombor angka giliran 2175...

Settle pendaftaran, kami diberi pinjaman cadar, blanket dan bantal dan diberitahu di mana tempat kami akan tinggal sepanjang latihan..



4:00 pm
Kami diarahkan untuk pergi ke dewan makan, minum petang.. Aku tidak menghiraukan announcement tersebut, aku terus pergi ke logistik untuk mengambil pakaian yang telah diisukan.

Sungguh cepat masa berlalu, waktu sudah pukul 5 pm..
Mandi sudah, kemas barang pun sudah, cuma tunggu announcement sahaja lagi...


6:00 pm
Kami diarahkan untuk pergi ke dewan makan, untuk makan malam.



8: 00 pm
Pelatih wira dan wirawati dikehendaki berkumpul di luar dom. Kami (wirawati) mendengar arahan, peraturan semasa berada di kem.. 



9: 00 pm
Setelah selesai penjelasan dari coach, kami dikehendaki untuk pergi ke dewan makan untuk minum malam dan roll call (mengira jumlah keseluruhan pelatih).. 
Setelah selesai roll call, balik dom masing-masing, tutup lampu dan rehat..



2 April 2013 (Tuesday)
waktu petang: Penyerahan handset/handphone :(



3 April 2013 (Wednesday)
Bermulanya latihan
Bermulanya kehidupan baru bagi pelatih.. 



05: 00 am
bangun dari tidur, walaupun tengah malas.



06: 00 am 
Sudah terpacak di padang kawad, berbaris bertiga-tiga dalam kompeni masing-masing (kompeni: Alpha, Bravo, Charlie, Delta), untuk kecerdasan jasmani. Nyanyian lagu kebangsaan Negaraku, bila diri disayangi (pada hari permulaan sahaja) dan lagu rasmi PLKN dinyanyikan.



07: 00 am
Breakfast time
Kami beratur untuk mengambil makanan



08: 00 am
Masuk kelas PK.. Aku kelas PK (Pembinaan Karakter) 1, di dalam kelas kami dipecahkan menjadi beberapa kumpulan. Masa itu, Aku satu kumpulan dengan Nazihah, Risca, Sashi, Razif, Afiq, Desmond, Win, Tan Jin Gui. Kumpulan kami diberi nama ''Semangat 1Malaysia'' oleh Razif. Kami dikehendaki menuliskan nama ke atas sekeping kad, dan seterusnya sesi perkenalan diri sesama ahli kumpulan.
Selepas itu ada permainan *lupa kot*




Kelas modul pembinaan karakter:
-Modul 1
*menampilkan diri terbaik dalam diri sendiri*

-Modul 2
*menampilkan yang terbaik dalam diri orang lain*

-Modul Budaya Kerja


-Modul Kesejahteraan hidup

*Gambar di bawah:
ini first time melukis guna magic pen dalam waktu yang singkat
dan keadaan terbalik ke bawah. walau tak secantik/seiras pic yg ori saya amat berpuas hati. :)
Hanya tinggal knangan










10: 00 am
Berbaris pergi ke dewan makan untuk minum.


10: 20 am 
masuk kelas semula, sambung melakukan aktiviti (kebanyakkan permainan)



 12: 00  pm
Berbaris pergi ke dewan, untuk makan tengahari. 
setelah selesai lunch, balik dom masing-masing dalam keadaan berbaris bertiga-tiga, sekurang-kurangnya 9 orang (kalau tak silap). Sampai je kat dom, aku terus tanggalkan apa yang patut, dan pergi mandi.. lepas habis mandi, jemur pakaian dan masuk dom - tidur.



2: 00 pm
Pelatih dikehendaki pergi ke dewan makan.. Untuk aktiviti sesi petang.. 



04: 00 pm
minum petang, selepas itu sambung aktiviti.



06: 00 pm 
makan malam
 selepas selesai makan, balik dom mandi dan tunggu announcement. 



09: 00 pm 
roll call dan minum petang 



11: 00 pm 
*tutup lampu dan rehat*



.....Begitulah aktiviti hari-hari yang seterusnya.. 

Tempoh latihan: 
3/April/2013 - 14/Jun/2013 
20/Jun/2013 (tarikh penutup)
*tidak sampai 3 bulan tempoh kami berada di kem.   






Labels: