

|
sweet owner Tick Tock ! We chat ![]() Credits!
| Sweet memory with you!
Hello geng blogger Malaysia! Salam sejahtera. Lama dah tak post entry kat blog ni. Kali ini admin nak mengajak korang semua ikut 'mengembara' bersama admin ke masa lampau, kita guna ''Mesin Masa'' pinjam kejap alat Doraemon.. huhuhuhu :) Admin nak ceritakan sambungan tentang pengalaman admin semasa berada di PLKN (kem Bumimas). Setelah 1 bulan berlalu, kami saling kenal mengenali, dah rapat macam 1 keluarga yang besar, serasi bersama. Di bawah 1 bumbung yang sama, makan bersama, tidur bersama, menjalani latihan bersama sepanjang program ini.. Seriously, i miss this moment.. Aktiviti yang telah kami lakukan: -Latihan tali rendah -Latihan tali tinggi (flying fox) -Membaca peta/pandu arah -Sukan kreativiti -TTS (Tempur tanpa senjata) -Kawad -Kraf hutan & iktiar hidup -Latihan air PLKN 14/ May/2013 (Tuesday) Kelas teori menembak Kami belajar mengenai menembak, utamakan keselamatan, mengenal kedudukan, badan senjata. Latihan Air PLKN iaitu pada 23 Mei 2013 (Untuk Charlie dan Delta). Kami diberi arahan untuk memakai pakaian sukan yang diisukan dan dikehendaki memakai selipar. Kami pergi ke Kolam Delta untuk melakukan aktiviti di dalam air. 20 orang wirawati akan masuk ke dalam kolam terlebih dahulu, dan begitulah seterusnya (secara bergilir-gilir). Sebelum kami memasuki kawasan kolam, kami dikehendaki melakukan PT 10 sebanyak 20 kali dan kami dikehendaki memakai jacket keselamatan, begitu juga dengan wira.. Bagi yang tidak pandai berenang (macam saya) kami diawasi oleh para jurulatih, dan kepada yang pandai berenang itu, bestlah mereka dapat berenang sampai ke kawasan tengah kolam. Antara aktiviti yang telah kami lakukan, buat bubble (buih) menggunakan mulut dalam air -senang je aktiviti ini, masa kecik2x dulu mesti pernah buat kan? Aktiviti seterusnya, kami melakukan pergerakan corak dalam air seperti corak kereta api dan corak bunga teratai, yang ni best sebab kita boleh relaks. Setelah 10 minit berada di dalam kolam, kami diarahkan untuk keluar dari kawasan kolam bagi memberi laluan kepada 20 orang yang seterusnya. Setelah itu, kami pergi mandi dan salin pakaian. Disebabkan air masuk ke dalam hidung dan mulut, saya terus selsema selama seminggu.. so sad :( .. 2 kali flu semasa berada di kem.. sungguh menyeksakan, selalu pergi medik.. *Medik kem Bumimas ![]() 25 Mei 2013 (Saturday) Sukan peringkat zon i diadakan di kem junaco park sibu Tahniah! bumimas menang yang berjaya mengumpul mata tertinggi.. dan tahniah juga kepada kem yang lain.. sg rait miri, junaco dan kem dari bintulu 6 Jun 2013 (Thursday) Aktiviti flying fox, untuk kompeni Charlie dan Delta, (termasuk beberapa orang dari kompeni Bravo) yang tidak sempat melakukan flying fox pada 5 jun . Aktiviti yang paling best.. saya rasa nak berkali-kali buat aktiviti yang ni .. Sebelum melakukan aktiviti ini, kami buat pt 10 sebanyak 20 kali . Pada mulanya naik tangga tingkat 1 lagi okay bila sampai ke tingkat 3 .. Hanya tuhan saja tau apa perasaan saya masa itu, nervous, gayat, takut pun ada. Bila tengok ke bawah kawan-kawan, cikgu nampak kecil .. Sebelum, kami dilepaskan untuk turun , kami akan memohon izin dari jurulatih yang bertugas untuk melepaskan kami turun .. contohnya , ''Saya Nini Carlina minta izin untuk turun tuan'' dan coach akan jawap ''turun!'' maka, kita akan dilepaskan. Semasa saya melakukan flying fox, kaki saya lenguh tak boleh lurus jadi keadaan saya berpusing masa tu.. sangat menjengkelkan, ye la sebab tidak dapat nak menikmati keindahan alam sekitar.. dan sampai ke bawah saya disambut oleh cikgu jun.. and wira bravo . Dan lepas tu berlari ke arah pondok untuk mengisi borang dan sekali lagi pt 10 sebanyak 15 + 5 kali gara-gara saya berpusing di atas semasa buat aktiviti ini. 7 Jun 2013 (Friday) -Aktiviti menembak Bertolak dari kem ke padang sasar 11 pagi, sampai 5 petang berada di sana . Lebih kurang 9 jam berada di padang sasar, makan tengahari dan minum petang disediakan. Kami dibantu dan dipantau oleh ahli askar tentera. Jarak sasaran ialah 100 meter dan ia sungguh sukar bagi saya. Hanya 3 mata tepat pada sasaran :p 11 Jun 2013 (Tuesday) -Merentas desa saya dapat tempat ke 101 daripada 200 lebih wirawati.. Kami belari satu kem bumimas.. -kawad 13 Jun 2013 (Thursday) -Aktiviti wirajaya (Ikhtiar hidup & kraf hutan) -survival Bertolak dari kem jam 8 pagi ke dalam hutan (berdekatan dengan kem). Kami dibekalkan beg, poncho, botol air, lestin, makanan mentah (beras) dan makanan dalam tin. Penginapan 1 hari 1 malam di dalam hutan. Dalam 1 khemah kami dibahagi kepada 4 orang oleh coach. Itulah pengalaman tidur di dalam hutan, dan saya bersyukur sebab nasi yang kami masak tidak mentah. Kami ada aktiviti pada sebelah petang, iaitu PC (pertolongan cemas). Setiap kompeni menghantar seorang wakil, seorang wirawati Alpha, seorang wira Bravo, seorang wirawati Charlie dan seorang lagi wira dari kompeni Delta. Cikgu Dayang bertanya ''siapa yang akan turun ke bawah wakil untuk pc?'' semua orang seperti tiada minat, jadi kawan saya suruh saya yang pergi jadi wakil kompeni Charlie. Pada masa tu, saya masih lagi tak faham apa-apa, blurr. Sampai di bawah, kami diarah untuk berlakon menjadi mangsa kemalangan, yang pasti best! cikgu mai sudah prepare semua bahan (spt: tepung kanji, alat solek wanita, dan pewarna makanan) cikgu mai juga yang make-up kami berempat, dan memang nampak real. Sudah settle, kami diarah untuk baring di tempat-tempat tertentu.. mula lakonan, muka buat-buat sakit, tapi tak menjadi sebab saya nak tergelak time tu, dan 8 orang yang diarahkan (untuk bantu) .. memberi pertolongan cemas, cara balut tangan and kepala.. Okay selesai! Selepas aktiviti pc ada aktiviti mencari harta karun.. Pada waktu sebelah malam roll call seperti biasa, tapi kali ini kami berhimpun di padang (pasir). Kami diberi taklimat dan ceramah. Apa yang boleh dan tak boleh dilakukan semasa berada di dalam hutan, iaitu ilmu medan perang (IMP) . Apa yang dilarang seperti; bunyi mengibas kain, suara yang lantang/gelak, asap,nyalakan api/ lampu picit yang menyuluh ke atas, bunyi kicauan burung/bersiur, ketukan kaca, bunyi ranting patah dan bunyi orang memotong kayu. Setelah selesai taklimat, kami diarah untuk berbaris balik ke khemah masing-masing. Dalam 1 khemah (4 orang), berjaga secara bergilir-gilir. Pada malam itu, saya tidak dapat tidur dengan selesa, nyamuk okay tak da, sebab kami diberi losyen nyamuk (kongsi pakai). Jun 2013 (tak pasti tarikh) Aktiviti yang paling last sekali, ialah melawat ke rumah panjang. Lokasi rumah Philip Kayak, Sg Durin Sibu. Kami diberi peluang untuk melihat sendiri keadaan dalam rumah panjang. Ada 40 pintu bilik.. Kami menonton persembahan dari rh philip kayak dan berhibur persembahan dari kem bumimas. 20 Jun 2013 (Thursday) Tarikh penutup bagi kumpulan 2 siri 10/2013 Pada sebelah pagi kami ada majlis penutupan..
Gambar di bawah:
Perbarisan terakhir di padang kawad
sijil penghargaan ![]() Pada sebelah malam kami ada majlis 1000 kenangan. Pada malam itu, sangat sedih banjir kem bumimas.. Rasa tak nak balik, nak tinggal di sana.. bersama-sama kawan-kawan walaupun cuma 2 bulan lebih.. perasaan sayang terhadap rakan2x itu ada.. Sekarang ini cuma tinggal kenangan. :') *kolam untuk bumimas malam 1000 kenangan
*topeng
p/s: Apapun, PLKN best!.. Bumimas di hatiku.. Kepada adik-adik yang terpilih mengikuti program (PLKN) ini, tahniah akak ucapkan, dan selamat menjalani latihan. . :) Terima kasih sebab sudi baca entry ini. Banyak lagi aktiviti2 yang tercicir, ini adalah sebahagian drpd aktiviti yang telah kami lakukan.
Labels: PLKN Throw back PLKN (Kumpulan 2 Siri 10/2013)
Aku termenung seorang diri di kala ini sambil layan muzik. Tiba-tiba teringat waktu PLKN dulu. Aku rindu ngan pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 10/2013, kem Bumimas, Sibujaya, Sarawak juga jurulatih PLKN dan seluruh warga Bumimas. Petang-petang macam ni, aku dan kawan-kawan yang satu geng dok berbual kosong dalam dom. Rindu pulak nak dengar suara Botet (Nabillah) nyanyi, rindu nak dengar Mimi main gitarnya, rindu nak gaduh manja ngan si Zaza, rindu pulak nak dengar ceramah Tyra, rindu nak dengar si Alia berceloteh, rindu ngan Ma, Divya, Shahira, Dilla, Nia, Ziha, Fifa, Tan, Wong Mee Ping, Erica, Shirley dan kawan2x, eyka, Razif (Macha) yang suka buat kelakar, Azri, Along, Angah, dan yang lain -terlalu banyak, sorry tak senaraikan nama korang, Nini rindukan kamu semua kawan-kawan...
Masih terpahat di ingatan ku,
Pada tahun 2012 (masa tu aku form 5), aku dan beberapa student di dalam kelas ku, dikehendaki mengisi satu borang, aku sungguh tidak menyangka bahawa aku terpilih untuk mengikuti PLKN.. Aku dah terbayang apa itu PLKN?? keadaan berada di sana?? Aktiviti lasak je ke? Kawad? berjemur di bawah terik matahari?? Pakaian celoreng???.. Lamunan aku terhenti apabila ada sorang student dalam kelas ku menjerit, ''Kesian korang! hahahaha, mesti kulit korang gelap kat sana nanti" -Aku hanya terdiam, dalam hati ku berkata ''hina sangat ke kami yang terpilih PLKN ni =,=??'' aku tak faham laa,.. aku tidak mempedulikan mereka..biar laa apa yang diaorang nak cakap, bukan buat benda tak baik pun, kita pergi menimba ilmu..PLKN 1 kali seumur hidup.. malah aku rasa bertuah kerana terpilih mengikuti program ini, juga dapat kawan baru... -siapa masih simpan kad iM4U? *depan ![]() ![]() Tahun 2013: Maria kawan ku, juga terpilih mengikuti PLKN. Dia kumpulan 1 siri 10, kem Bumimas, Sibujaya Sarawak. Dari situlah, aku mendapatkan info aktiviti tentang PLKN.. Aku merasa lega setelah tahu info tentang aktiviti yang akan diadakan.. Sekurang-kurangnya, kurang sikit beban di hati ini..ehh? 3 bulan berlalu.. 1 minggu sebelum pergi PLKN, aku buat check melalui handset dan lappy, aku terpilih mengikuti PLKN, kem latihan iaitu kem Bumimas, Sibujaya, Kumpulan 2 siri 10/13.. sama dengan Tyra.. Mulai hari itu, aku dah prepare segala barang termasuk packing.. ![]() 1 April 2013 (Monday) 6:00 am Pagi itu aku liat sikit nak bangun, mak aku yang kejutkan.. Masa tu aku masih dalam keadaan flu,. sakit-sakit badan, rasa malas nak pergi, suara pun dah berubah =.= Aku pun paksa diriku untuk lekas bangun, dan mandi.. Aku dah janji ngan Tyra, nak pergi bersama ke tempat pendaftaran tu di Mukah... <Skip> Setibanya di tempat pendaftaran, Mukah.. semuanya sudah selesai, kami menaiki bas PLKN.. 2 buah bas menaiki kem Bumimas, manakala 2 bas akan menuju ke kem Junaco Park.. Dari Mukah to Selangau to Sibu memakan masa kira-kira 3 jam perjalanan. Kami dimainkan lagu semasa perjalanan.. Dalam keadaan flu, sejuk, jiwa kosong, ku hanya terdiam, tak ada selera makan, duduk termenung, melihat pemandangan hutan di luar tingkap, nak tidur pun ada je gangguan (bas terhuyung-hayang) boring tahap dewa kot, tak ada apa yang best, ku bawa handphone Nokia biasa yang ada touch light tu... 1: 15 pm Setelah duduk berjam-jam dalam bas, kami tiba di destinasi yang dituju... ku mula bermonolog sendiri ''selama ini ku hanya tengok tv iklan PLKN, akhirnya aku sendiri yang akan merasai sendiri PLKN berdiri di sini.'' Setelah mengambil barang2x, aku dan rakan yang lain meletakkan kat dewan makan, dan diarahkan untuk mengambil makanan., masa itu aku tiada selera untuk menjamah makanan, flu la katakan.. Selepas settle cuci pinggan mangkuk, segala beg bagasi kami diperiksa.. Kami mengisi borang pendaftaran, aku dimasukkan ke kompeni Charlie, dom betik, nombor locker P1B-16, nombor angka giliran 2175... Settle pendaftaran, kami diberi pinjaman cadar, blanket dan bantal dan diberitahu di mana tempat kami akan tinggal sepanjang latihan.. 4:00 pm Kami diarahkan untuk pergi ke dewan makan, minum petang.. Aku tidak menghiraukan announcement tersebut, aku terus pergi ke logistik untuk mengambil pakaian yang telah diisukan. Sungguh cepat masa berlalu, waktu sudah pukul 5 pm.. Mandi sudah, kemas barang pun sudah, cuma tunggu announcement sahaja lagi... 6:00 pm Kami diarahkan untuk pergi ke dewan makan, untuk makan malam. 8: 00 pm Pelatih wira dan wirawati dikehendaki berkumpul di luar dom. Kami (wirawati) mendengar arahan, peraturan semasa berada di kem.. 9: 00 pm Setelah selesai penjelasan dari coach, kami dikehendaki untuk pergi ke dewan makan untuk minum malam dan roll call (mengira jumlah keseluruhan pelatih).. Setelah selesai roll call, balik dom masing-masing, tutup lampu dan rehat.. 2 April 2013 (Tuesday) waktu petang: Penyerahan handset/handphone :( 3 April 2013 (Wednesday) Bermulanya latihan Bermulanya kehidupan baru bagi pelatih.. 05: 00 am bangun dari tidur, walaupun tengah malas. 06: 00 am Sudah terpacak di padang kawad, berbaris bertiga-tiga dalam kompeni masing-masing (kompeni: Alpha, Bravo, Charlie, Delta), untuk kecerdasan jasmani. Nyanyian lagu kebangsaan Negaraku, bila diri disayangi (pada hari permulaan sahaja) dan lagu rasmi PLKN dinyanyikan. 07: 00 am Breakfast time Kami beratur untuk mengambil makanan 08: 00 am Masuk kelas PK.. Aku kelas PK (Pembinaan Karakter) 1, di dalam kelas kami dipecahkan menjadi beberapa kumpulan. Masa itu, Aku satu kumpulan dengan Nazihah, Risca, Sashi, Razif, Afiq, Desmond, Win, Tan Jin Gui. Kumpulan kami diberi nama ''Semangat 1Malaysia'' oleh Razif. Kami dikehendaki menuliskan nama ke atas sekeping kad, dan seterusnya sesi perkenalan diri sesama ahli kumpulan. Selepas itu ada permainan *lupa kot*
Kelas modul pembinaan karakter: -Modul 1 *menampilkan diri terbaik dalam diri sendiri* -Modul 2 *menampilkan yang terbaik dalam diri orang lain* -Modul Budaya Kerja -Modul Kesejahteraan hidup *Gambar di bawah: ini first time melukis guna magic pen dalam waktu yang singkat dan keadaan terbalik ke bawah. walau tak secantik/seiras pic yg ori saya amat berpuas hati. :) Hanya tinggal knangan
![]() ![]() 10: 00 am Berbaris pergi ke dewan makan untuk minum. 10: 20 am masuk kelas semula, sambung melakukan aktiviti (kebanyakkan permainan) 12: 00 pm Berbaris pergi ke dewan, untuk makan tengahari. setelah selesai lunch, balik dom masing-masing dalam keadaan berbaris bertiga-tiga, sekurang-kurangnya 9 orang (kalau tak silap). Sampai je kat dom, aku terus tanggalkan apa yang patut, dan pergi mandi.. lepas habis mandi, jemur pakaian dan masuk dom - tidur. 2: 00 pm Pelatih dikehendaki pergi ke dewan makan.. Untuk aktiviti sesi petang.. 04: 00 pm minum petang, selepas itu sambung aktiviti. 06: 00 pm makan malam selepas selesai makan, balik dom mandi dan tunggu announcement. 09: 00 pm roll call dan minum petang 11: 00 pm *tutup lampu dan rehat* .....Begitulah aktiviti hari-hari yang seterusnya.. Tempoh latihan: 3/April/2013 - 14/Jun/2013 20/Jun/2013 (tarikh penutup) *tidak sampai 3 bulan tempoh kami berada di kem. ![]() Labels: PLKN |