//super awesome !
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to super awesome. konnichiwa!:D


Tick Tock !


We chat


Credits!

basecode: Tirex ledinosour
Edit by: comets
Re-Edited By: Nini Carlina
Others:   


Sweet memory with you!


Hello geng blogger Malaysia! Salam sejahtera. Lama dah tak post entry kat blog ni.
 Kali ini admin nak mengajak korang semua ikut 'mengembara' bersama admin ke masa lampau, kita guna ''Mesin Masa'' pinjam kejap alat Doraemon..  huhuhuhu :)
 Admin nak ceritakan sambungan tentang pengalaman admin semasa berada di PLKN (kem Bumimas).

 Setelah 1 bulan berlalu, kami saling kenal mengenali, dah rapat macam 1 keluarga yang besar, serasi bersama. Di bawah 1 bumbung yang sama, makan bersama, tidur bersama, menjalani latihan bersama sepanjang program ini..
Seriously, i miss this moment..

Aktiviti yang telah kami lakukan:

-Latihan tali rendah
-Latihan tali tinggi (flying fox)
-Membaca peta/pandu arah
-Sukan kreativiti
-TTS (Tempur tanpa senjata)
-Kawad
-Kraf hutan & iktiar hidup
-Latihan air PLKN

14/ May/2013 (Tuesday)
Kelas teori menembak
Kami belajar mengenai menembak,
utamakan keselamatan,
 mengenal kedudukan, badan senjata.


Latihan Air PLKN iaitu pada 23 Mei 2013 (Untuk Charlie dan Delta). Kami diberi arahan untuk memakai pakaian sukan yang diisukan dan dikehendaki memakai selipar. Kami pergi ke Kolam Delta untuk melakukan aktiviti di dalam air. 20 orang wirawati akan masuk ke dalam kolam terlebih dahulu, dan begitulah seterusnya (secara bergilir-gilir).

Sebelum kami memasuki kawasan kolam, kami dikehendaki melakukan PT 10 sebanyak 20 kali dan kami dikehendaki memakai jacket keselamatan, begitu juga dengan wira.. Bagi yang tidak pandai berenang (macam saya) kami diawasi oleh para jurulatih, dan kepada yang pandai berenang itu, bestlah mereka dapat berenang sampai ke kawasan tengah kolam.

Antara aktiviti yang telah kami lakukan, buat bubble (buih) menggunakan mulut dalam air -senang je aktiviti ini, masa kecik2x dulu mesti pernah buat kan? Aktiviti seterusnya, kami melakukan pergerakan corak dalam air seperti corak kereta api dan corak bunga teratai, yang ni best sebab kita boleh relaks.  Setelah 10 minit berada di dalam kolam, kami diarahkan untuk keluar dari kawasan kolam bagi memberi laluan kepada 20 orang yang seterusnya. Setelah itu, kami pergi mandi dan salin pakaian. Disebabkan air masuk ke dalam hidung dan mulut, saya terus selsema selama seminggu.. so sad :( .. 2 kali flu semasa berada di kem.. sungguh menyeksakan, selalu pergi medik..

*Medik kem Bumimas



25 Mei 2013 (Saturday)
Sukan peringkat zon i
diadakan di kem junaco park sibu
Tahniah! bumimas menang yang berjaya mengumpul mata tertinggi..
dan tahniah juga kepada kem yang lain.. sg rait miri, junaco dan kem dari bintulu


6 Jun 2013 (Thursday)

 Aktiviti flying fox,
 untuk kompeni Charlie dan Delta, (termasuk beberapa orang dari kompeni Bravo) yang tidak sempat melakukan flying fox pada 5 jun .
Aktiviti yang paling best.. saya rasa nak berkali-kali buat aktiviti yang ni ..
Sebelum melakukan aktiviti ini, kami buat pt 10 sebanyak 20 kali .
Pada mulanya naik tangga tingkat 1 lagi okay bila sampai ke tingkat 3 ..
Hanya tuhan saja tau apa perasaan saya masa itu, nervous, gayat, takut pun ada.
Bila tengok ke bawah kawan-kawan, cikgu nampak kecil ..
Sebelum, kami dilepaskan untuk turun , kami akan memohon izin dari jurulatih yang bertugas untuk melepaskan kami turun .. contohnya ,  ''Saya Nini Carlina minta izin untuk turun tuan'' dan coach akan jawap ''turun!'' maka, kita akan dilepaskan.
Semasa saya melakukan flying fox, kaki saya lenguh tak boleh lurus jadi keadaan saya berpusing masa tu..
sangat menjengkelkan, ye la sebab tidak dapat nak menikmati keindahan alam sekitar.. dan sampai ke bawah saya disambut oleh cikgu jun.. and wira bravo .
Dan lepas tu berlari ke arah pondok untuk mengisi borang dan sekali lagi pt 10 sebanyak 15 + 5 kali gara-gara saya berpusing di atas semasa buat aktiviti ini.



7 Jun 2013 (Friday)
-Aktiviti menembak
Bertolak dari kem ke padang sasar 11 pagi, sampai 5 petang berada di sana .
Lebih kurang 9 jam berada di padang sasar, makan tengahari dan minum petang disediakan.
Kami dibantu dan dipantau oleh ahli askar tentera.
Jarak sasaran ialah 100 meter dan ia sungguh sukar bagi saya. Hanya 3 mata tepat pada sasaran :p


11 Jun 2013 (Tuesday)
-Merentas desa
saya dapat tempat ke 101 daripada 200 lebih wirawati..

Kami belari satu kem bumimas..
-kawad


13 Jun 2013 (Thursday)
-Aktiviti wirajaya (Ikhtiar hidup & kraf hutan) -survival
Bertolak dari kem jam 8 pagi ke dalam hutan (berdekatan dengan kem).
Kami dibekalkan beg, poncho, botol air, lestin, makanan mentah (beras) dan makanan dalam tin.
Penginapan 1 hari 1 malam di dalam hutan.
Dalam 1 khemah kami dibahagi kepada 4 orang oleh coach.
Itulah pengalaman tidur di dalam hutan, dan saya bersyukur sebab nasi yang kami masak tidak mentah.

 Kami ada aktiviti pada sebelah petang, iaitu PC (pertolongan cemas).
Setiap kompeni menghantar seorang wakil, seorang wirawati Alpha, seorang wira Bravo, seorang wirawati Charlie dan seorang lagi wira dari kompeni Delta.
Cikgu Dayang bertanya ''siapa yang akan turun ke bawah
wakil untuk pc?'' semua orang seperti tiada minat, jadi kawan saya suruh
saya yang pergi jadi wakil kompeni Charlie.
 Pada masa tu, saya masih lagi tak faham apa-apa, blurr. Sampai di bawah, kami diarah untuk berlakon menjadi mangsa kemalangan, yang pasti best! cikgu mai sudah prepare semua bahan (spt: tepung kanji, alat solek wanita, dan pewarna makanan)
cikgu mai juga yang make-up kami berempat, dan memang nampak real. Sudah settle, kami diarah untuk baring di tempat-tempat tertentu.. mula lakonan, muka buat-buat sakit, tapi tak menjadi sebab saya nak tergelak time tu,  dan 8 orang yang diarahkan (untuk bantu) .. memberi pertolongan cemas, cara balut tangan and kepala.. Okay  selesai!
Selepas aktiviti pc ada aktiviti mencari harta karun..

 Pada waktu sebelah malam
roll call seperti biasa, tapi kali ini kami berhimpun di padang (pasir).
Kami diberi taklimat dan ceramah.
Apa yang boleh dan tak boleh dilakukan semasa berada di dalam hutan, iaitu ilmu medan perang (IMP) .
 Apa yang dilarang seperti; bunyi mengibas kain, suara yang lantang/gelak, asap,nyalakan api/ lampu picit yang menyuluh ke atas, bunyi kicauan burung/bersiur, ketukan kaca, bunyi ranting patah dan bunyi orang memotong kayu.

 Setelah selesai taklimat, kami diarah untuk berbaris balik ke khemah masing-masing. Dalam 1 khemah (4 orang), berjaga secara bergilir-gilir. Pada malam itu, saya tidak dapat tidur dengan selesa, nyamuk okay tak da, sebab kami diberi losyen nyamuk (kongsi pakai).

Jun 2013 (tak pasti tarikh)
Aktiviti yang paling last sekali, ialah melawat ke rumah panjang.

Lokasi rumah Philip Kayak, Sg Durin Sibu. Kami diberi peluang untuk melihat sendiri keadaan dalam rumah panjang.
Ada 40 pintu bilik..
Kami menonton persembahan dari rh philip kayak dan berhibur persembahan dari kem bumimas.

20 Jun 2013 (Thursday)
Tarikh penutup bagi kumpulan 2 siri 10/2013
Pada sebelah pagi kami ada majlis penutupan..

-tamat-

Gambar di bawah:
Perbarisan terakhir di padang kawad

Gambar di bawah:
sijil penghargaan


Pada sebelah malam kami ada majlis 1000 kenangan.
Pada malam itu, sangat sedih banjir kem bumimas..
Rasa tak nak balik, nak tinggal di sana..
bersama-sama kawan-kawan walaupun cuma 2 bulan lebih..
perasaan sayang terhadap rakan2x itu ada..
Sekarang ini cuma tinggal kenangan. :')

*kolam untuk bumimas
malam 1000 kenangan

*topeng







p/s: Apapun, PLKN best!.. Bumimas di hatiku..
Kepada adik-adik yang terpilih mengikuti program (PLKN) ini, tahniah
akak ucapkan, dan selamat menjalani latihan. . :) Terima kasih sebab sudi baca entry ini. Banyak lagi aktiviti2 yang tercicir, ini adalah sebahagian drpd aktiviti yang telah kami lakukan.

saya akan simpan berret ini
sebagai kenangan

Labels: