

|
sweet owner Tick Tock ! We chat ![]() Credits!
| Resepi Kuih Tako Ada 2 bahagian resepi kuih tako: 1. Bahagian bawah warna hijau 2. Bahagian atas warna putih Bahan-bahan lapisan bawah kuih tako: 1 cawan tepung beras 1/2 cawan gula 5 cawan air daun pandan 1 sudu besar air kapur garam Cara membuat lapisan bawah kuih tako: 1. atas api sederhana masuk semua bahan dalam periuk dan gaul sebati 2. masukkan tepung 3. masak sambil kacau hingga pekat dan berkilat. 4. Dalam bekas daun pandan masukkan sikit gula 5. masukkan adunan tadi dan kukus 6. biarkan sejuk dan membeku (tidak perlu masuk ke dalam peti ais) Bahan-bahan lapisan atas kuih tako: 4 sudu besar tepung beras 4 cawan santan pekat sedikit garam Cara-cara membuat lapisan atas kuih tako 1. bancuh semua bahan di atas 2. masak sehingga pekat 3. curahkan ke atas lapisan bawah yang dah beku 4. sejukkan dan siap Nota: Cara lain tidak perlu kukus, guna tepung hoen kwee hijau untuk bawah dan hoen kwee putih untuk atas. Hoen kwee hijau masak dengan 1000 ml santan dan 200 gula. kacau sampai ia blup blup. masukkan dalam bekas. buat cara yang sama dengan hoen kwee putih untuk bahagian atas tak payah gula. tapi rasanya tak sesedap yang tradisional. P/S: Ambik dari hairul.com terima kasih kerana sudi berkongsi resepi kuih tako ini :) Labels: resepi CNY: Resepi Itik Panggang Peking Happy Chinese New Year! Gong Xi Fa Cai! Xin Nian Kuai Le! Wan Shi Ru Yi! Angpow lai-lai... :) Hello warga blogger! Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada seluruh warga kaum tiong hua di Malaysia dan kepada semua yang menyambut tahun baru. Nini nak sharekan resepi istimewa untuk makan malam tahun baru dari avon. Iaitu ''Itik Panggang Peking''.. Bahan A: (Itik peking) * 1.5 - 2 kg itik * 1 batang kulit kayu manis * 1 inci halia (dihiris) * 1/4 cawan kicap cair * 1/4 cawan madu * 1 sudu gula * 3 biji bunga lawang * secubit lada putih * 2 ulas bawang putih (diketuk) * 1 cawan tepung jagung (dicampur 1/2 cawan air) Bahan B: (Isi dalam itik) * 2 ulas bawang putih (dipotong halus) * 1 inci halia (dipotong halus) * 1 1/2 sudu garam Cara memasak: 1. Ikatkan tali berjuntai pada leher itik. Dalam periuk besar air mendidih, Masukkan BAHAN A (kecuali itik & larutan tepung jagung) ke dalam periuk dan kacau. 2. Pekatkan kuah dengan larutan tepung jagung, kemudian masukkan itik. 3. Keluarkan itik dan gantungkan sehingga kering. 4. Setelah kering, turunkan & masukkan BAHAN B ke dalam itik. 5. Panaskan Avon Grill Pan pada suhu sederhana dan letakkan itik di atas jaring keluli. 6. Panggang setiap sisi selama 30 minit atau sehingga cukup garing. 7. Dah siap, hidangkan... Credit to: Avon P/S: Selamat mencuba di rumah, dan semoga tahun baru ini membawa tuah, kebahagiaan dan kekayaan kepada keluarga anda.. Labels: resepi |